fbpx

10 syarikat jadi perintis akademi sasar lahir 100,000 pekerja mahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi bercakap pada sidang akhbar selepas pasca mesyuarat platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) di Bangunan Perdana Putra, tadi. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kementerian Ekonomi bakal mengenal pasti 10 buah syarikat ternama untuk membentuk satu akademi khas dengan silibus mengikut keperluan pasaran sebenar.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, ia antara hasil yang diputuskan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) setelah perbincangan rapi dengan pemain industri.

“Ia akan dibentuk pada akhir Jun depan dan setelah tiga bulan, kerajaan berhasrat mahu negara melahirkan 100,000 pekerja berkemahiran.

“Selama ini pihak kerajaan hanya membina institusi latihan kemahiran dan mengambil pelajar tanpa diambil kira silibus memenuhi kehendak pasaran,” katanya pada sidang akhbar, di sini.

Katanya, situasi itu mengakibatkan ada kalangan lepasan terbabit tidak mendapat pekerjaan setimpal dengan apa dipelajari dan menerima upah tidak sepadan ilmu mereka.

“Jadi, kita sasar menjelang suku kedua akadami ini akan beroperasi dan kemudian pada suku ketiga pula ia diperluas ke seluruh negara melibatkan sasaran 10,000 syarikat.

“Pada masa sama, untuk menarik penyertaan lebih ramai syarikat multinasional terlibat, pihak kerajaan juga akan menawarkan pelbagai insentif menarik untuk mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI