fbpx

UMNO Sabah kaji kerjasama parti pada PRN 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar ketika sidang media selepas Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah hari ini. -Foto: Ivan Amirul-

KOTA KINABALU – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu parti yang sesuai bagi bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bung Moktar berkata, perkara itu bakal diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik UMNO negeri yang akan menentukan kerjasama politik dengan parti lain.

“Perkara ini perlu dibincangkan. Oleh itu, kita akan mengadakan mesyuarat Biro Politik untuk mengkaji siapa rakan kita pada PRN nanti.

“Kita perlu ada rakan parti yang boleh membantu kita menang dan kita akan maklumkan nanti,” katanya ketika sidang media selepas Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Sabah yang baharu, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan barisan kepemimpinan UMNO negeri bagi sesi 2023-2026 yang baru dilantik.

Ditanya siapa UMNO Sabah berminat untuk bekerjasama pada PRN ke-17 Sabah yang dijangka pada 2025, Bung Moktar enggan menyebut mana-mana parti.

Bagaimanapun, Bung. Moktar seperti membayangkan rakan parti untuk bekerjasama kali ini bukan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seperti diketahui sebelum ini yang mana UMNO Sabah menarik sokongan terhadap gabungan itu dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor tetapi sebaliknya UMNO Sabah seperti cenderung untuk bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) apabila Bung Moktar menyebut akan melihat sama ada parti yang dimaksudkan adalah Warisan.

Sementara itu, Bung Moktar yakin kombinasi kepemimpinan baharu UMNO Sabah termasuk di antara beliau dan Abdul Rahman akan menjadi pemangkin ke arah pengukuhan parti itu bagi menjadikan UMNO kembali menjadi parti teras memerintah kerajaan negeri.

“Pengalaman saya dan Abdul Rahman yang luas di peringkat negeri dan nasional adalah gabungan yang saling melengkapi untuk kebaikan UMNO Sabah. Kita akan guna pakai kepakaran masing-masing untuk mengukuhkan UMNO Sabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI