fbpx

Shila Amzah dedah diri mangsa dera emosi, kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA bagaimanapun enggan memperincikan siapa dalang di sebalik trauma dirinya menjadi mangsa penderaan tersebut. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – “Saya mangsa penderaan emosi, fizikal dan kewangan.”

Demikian pendedahan dibuat penyanyi Shila Amzah yang mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa penderaan.

Bagaimanapun, Shila tidak menyatakan secara terperinci punca sebenar yang menyebabkan dia mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Shila, 33, mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai hal terbabit kerana dikhuatiri akan membuka aib individu tertentu.

“Saya tidak boleh cerita perkara ini secara terperinci untuk bagi orang faham.

“Perkara ini bukan soal dihalang atau bukan cinta. Tetapi mengenai isu besar.

“Kalau saya cakap, orang akan tuduh saya membuka aib,” katanya menerusi siaran langsung dalam TikTok.

Dalam pada itu, penyanyi yang juga popular di China itu memaklumkan bahawa masalah kegelisahan dan traumanya mula menganggu jika terbaca nama individu yang terlibat yang melakukan penderaan terhadap dirinya.

“Nama-nama yang kalian sebut selalu menyumbang 50 peratus daripada trauma yang saya kena hadapi.

“Perkara terbabit merangkumi semua termasuk boyfriend (teman lelaki), suami dan keluarga.

“Setiap kali sebut (nama-nama terlibat), truma dan kegelisahan saya mula terganggu. Namun, tidak mengapa kerana semuanya akan baik-baik sahaja,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI