fbpx

Saree panjat 13 gunung, badan lebam digigit pacat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAREE bercita-cita mahu menjadi pengacara di peringkat antarabangsa sebelum usia 35 tahun

MEMILIKI raut wajah yang jelita tidak ‘mengikat’ Siti Sariah Abdullah, 24, atau mesra disapa Saree sebagai wanita feminin.

Sebaliknya, anak kelahiran ­Selangor ini telah membuktikan dirinya tahan lasak apabila mendaki 13 gunung tempatan di Sabah, tahun lalu demi program travelog yang dihoskannya.

Kata Saree, pengalaman selama satu bulan 15 hari di negeri ­Di Bawah Bayu itu memberi kepuasan berganda dalam bidang pengacaraan.

Ikuti temu ramah Kosmo! Ahad de­ngan figura anggun ini mengenai perjalanan kariernya sehingga dilamar menjadi hos Sis Travel dan Syurga Alam Borneo Pergunungan Sabah.

KOSMO! AHAD: Ceritakan mengenai diri Saree?
SAREE: Anak bongsu daripada lima beradik, mempunyai darah kacukan dari Thailand. Graduan Diploma Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu Melaka dan suka melancong.

Ceritakan pengalaman menjadi hos dua program berkenaan?
Paling mencabar program Syur­ga Alam Borneo Pergunungan ­Sabah, untuk program ini Saree perlu mendaki 13 gunung. Badan Saree lebam-lebam dan kaki memang banyak sangat bekas parut pacat.
Bayangkan ada gunung yang memang orang tidak selalu daki dan Saree serta team kena buat laluan kami sendiri.
Kami akan mendaki seawal 4.30 pagi dengan momentum kelajuan yang konsisten kerana mahu dapatkan pemandangan matahari terbit. Selain itu, Saree dan team juga terpaksa mendaki ketika bulan puasa.

Pernah rasa putus asa?
Sudah tentu, ada momen ­Saree terlalu penat dan rasa tak mampu untuk teruskan pendakian, tetapi terpaksa kuatkan diri sebab di belakang saya ada kru produksi yang ramai. ­Takkan sebab Saree seorang mereka ­terpaksa tangguhkan satu ­episod. Memang Saree all out, ada pendakian tujuh jam tanpa henti.

Antara gunung Saree daki?
Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Lucia dan Gunung Sinsing. Gunung Lucia itulah orang gelar Gunung Pacat, memang banyak sangat pacat dekat sana, penuh di kaki.

Adakah menjadi pengacara minat Saree sejak kecil?
Tidak, semasa kecil Saree seorang introvert dan hanya bercakap dengan rakan rapat sahaja, tetapi karakter mula berubah bila bekerja di butik kecantikan selepas habis belajar.

 

Ada tawaran berlakon?
Tak minat berlakon sebab itu bukan kemahiran Saree. Rasa macam susah untuk luahkan pe­rasaan atau emosi dekat depan kamera, Saree rasa kecut perut sangat.

Apa titik pencapaian hidup Saree?
Mungkin dulu adalah bila Saree dah ada rumah, kereta dan aset lain. Tapi sekarang makna pencapaian hidup apabila dapat makan dengan tenang tanpa bimbang dengan aras kejayaan sebab Saree dapat anggap karier ini sebagai hobi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI