fbpx

Sanusi dakwa cuba disingkir daripada anggotai Majlis Kewangan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ketika berucap pada majlis berbuka puasa tersebut.

SHAH ALAM – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa ada usaha menyingkirkannya mewakili Kedah bagi menganggotai Majlis Kewangan Negara.

Kata Muhammad Sanusi, tindakan tersebut walaupun tidak boleh dibuktikan tetapi perlu menguar-uarkan ia sebelum menjadi realiti.

“Saya bercakap sebelum benda itu berlaku, orang akan bercakap mana ada bukti.. tetapi kalau ada bukti ia sudah pun jadi. Benda-benda macam ini tidak boleh dibiarkan.

“Jadi, saya kena cakap sebelum benda tersebut berlaku,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Anak Kedah Di Perantauan di IDCC Seksyen 15 malam tadi.

Jelas beliau, terdapat dakwaan menyatakan individu yang akan dilantik ke dalam majlis tersebut adalah pegawai kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Kalau wakil-wakil negeri lain adalah Menteri Besar dan Kedah diwakili SUK maka wujud kejanggalan dalam majlis tersebut. Apa yang pasti saya ingin memastikan perkara tersebut tidak akan terjadi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI