fbpx

Pintas Utama rai sumbang wakaf RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marhalim Mohamed (dua, kiri) ketika menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta bagi pembinaan bangunan tambahan masjid berkenaan bersempena sambutan Hari Nuzul Quran, semalam.

PETALING JAYA – Pintas Utama Sdn. Bhd. meraikan keberkatan Ramadan dengan mewakafkan bangunan tambahan di sebuah masjid serta berkongsi nikmat bulan mulia ini bersama golongan memerlukan.

Syarikat kejuruteraan awam itu memberikan sumbangan sebanyak RM1 juta bagi pembinaan bangunan tambahan itu untuk keperluan Masjid Kota Kemuning, Shah Alam bersempena sambutan Hari Nuzul Quran.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama Sdn. Bhd. Datuk Ir Marhalim Mohamed kepada Pengerusi Masjid Kota Kemuning, Ir Mohd Zamri Idris.

Kata Marhalim, aspek pengurusan masjid yang sangat efisien dalam membantu masyarakat dengan menyediakan ruang beribadah selesa dapat memberi kebaikan kepada masyarakat setempat.

“Ini seterusnya memberi keyakinan yang teguh kepada Pintas Utama Sdn. Bhd. bagi merealisasikan niat suci untuk berwakaf.

“Sebagai sebuah syarikat entiti Islam, Pintas Utama Sdn. Bhd. juga terus beriltizam untuk menghulur tangan melalui program tanggungjawab sosial korporat di bawah Yayasan Pintas Utama.

“Ini termasuk memberi sumbangan wang tunai serta barangan keperluan harian kepada anak-anak yatim terpilih di sekitar Shah Alam dan Klang,” kata beliau ditemui selepas program,” katanya.

Menurut Marhalim, pihaknya berharap program infaq Ramadan seperti itu dapat dipergiat untuk membantu lebih banyak lagi golongan memerlukan.

“Ini kerana sekecil-kecil pemberian juga merupakan asbab kebahagiaan mereka yang kurang berkemampuan, sekali gus mengeratkan silaturahim tanpa mengira latar belakang serta status sosial. Tingkatkan iman, eratkan persaudaraan.” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI