fbpx

Penumpang pesawat dihalau keluar menangis teresak-esak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu enggan meninggalkan pesawat sebelum ditahan polis. - TikTok

WASHINGTON – Seorang penumpang penerbangan kelas perniagaan pesawat American Airlines tular di media sosial apabila dia dirakam menangis seperti kanak-kanak selepas bertengkar mengenai arak, lapor portal berita MailOnline semalam.

Lelaki tersebut meminta minuman beralkohol sebelum pesawat berlepas tetapi dihalang oleh kru penerbangan. Satu pertengkaran kemudiannya berlaku yang menyebabkan polis dihubungi.

Orang ramai menyelar penumpang tersebut di laman media sosial apabila dia dirakam menangis ketika ditahan dan dibawa keluar dari pesawat.

Menerusi video tersebut, lelaki itu pada awalnya diarah keluar dari pesawat, tetapi kekal di tempat duduknya dan terus bertengkar dengan kru penerbangan.

Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam kejadian itu tetapi segera dirampas. Polis menariknya dari tempat duduk sebelum pergaduhan diteruskan di lorong dalam pesawat.

Ketika cuba meninggalkan pesawat, lelaki itu meraung sebelum polis menggarinya pada lantai.

Alasan lelaki itu tidak diberikan minuman tersebut bagaimanapun tidak dijelaskan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI