JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang pencuri motosikal diberkas polis ketika sedang menonton wayang bersama teman wanitanya, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia. Kejadian itu dikatakan berlaku di wilayah Lampung.
Dalam klip video tersebut, beberapa polis berpakaian seperti orang awam memasuki sebuah pawagam dan menahan seorang lelaki yang duduk di kerusi penonton.
Pemuda itu kelihatan pasrah ketika ditahan. Polis kemudian memeriksa badannya sebelum dibawa keluar dari lokasi kejadian.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Lebih menarik kalau polis duduk di sebelah dia, lepas wayang terus tangkap,” komen seorang netizen. – Agensi