fbpx

Pemilik Pesona merah tular gaduh dengan pemandu lori diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian pergaduhan membabitkan dua individu yang juga pemandu kereta Proton Persona dan lori di Jalan Permatang Janggus, Seberang Perai Tengah.

SEBERANG PERAI – Polis menahan seorang lelaki tempatan susulan tular satu rakaman video kejadian pergaduhan membabitkan dua individu yang juga pengguna jalan raya di Jalan Permatang Janggus, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu diberkas selepas pihaknya terkesan satu video pergaduhan menggunakan senjata dan merosakkan kenderaan pada hari sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Jalan Permatang Janggus menghala ke Permatang Pauh pada tarikh dan masa yang tidak dapat dipastikan.

“Menerusi video itu, kelihatan sebuah kereta dan lori berhimpit antara satu sama lain sebelum kedua-dua pemandu memberhentikan kenderaan masing-masing dan bergaduh.

“Pemandu kereta dilihat telah mengeluarkan satu objek dari dalam bonet belakang keretanya dan bertindak memukul nombor plat hadapan lori terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, tular satu video berdurasi dua minit 40 saat yang dimuat naik di laman Twitter milik ‘Nan Manjoi’ yang memaparkan pergaduhan menggunakan senjata dan merosakkan kenderaan membabitkan pemandu kereta jenis Proton Persona berwarna merah dan lori. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI