fbpx

MBI edar 50,323 tong sampah sejak April 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (tiga dari kanan) ketika mengedarkan tong sampah di Taman Meru 2B, Ipoh, hari ini.

IPOH – Sebanyak 50,323 tong sampah telah diedarkan kepada warga bandar raya Ipoh oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak April 2021 hingga Mac lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, langkah pihak MBI mengedarkan tong sampah kepada warga kota Ipoh berkenaan adalah untuk membudayakan penggunaannya dalam kalangan penduduk.

“Hasrat MBI untuk menjadikan Ipoh Bandar Raya Bestari Sejahtera serta Bandar Terbersih di Malaysia tidak hanya memadai dengan penyediaan perkhidmatan, infrastruktur dan kemudahan awam kepada masyarakat,” katanya selepas menghadiri Program Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah di Taman Meru 2B di sini, hari ini.

Mengulas tentang program itu, Rumaizi berkata, program yang bermatlamat untuk meningkatkan kualiti persekitaran bersih bagi merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebagai bandar raya terbersih di Malaysia pada tahun ini telah dimulakan pada April 2021.

Bagaimanapun, beliau berkata, program itu ditangguhkan selama beberapa bulan kerana penularan pandemik Covid-19 namun ia diteruskan semula pada Februari 2022 sehingga kini.

“Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang hampir tiba juga, pengedaran tong sampah di taman ini diharap dapat digunakan dengan baik oleh penduduk dalam memastikan kebersihan dan persekitaran sentiasa terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI