fbpx

Lebih 2.97 juta pengguna muat turun aplikasi MyJPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani menunjukkan salinan lesen memandu yang dipaparkan pada aplikasi MyJPJ yang diperkenalkan pihak JPJ kira-kira dua bulan lalu. Foto MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

KOTA BHARU – Seramai lebih 2.97 juta pengguna sudah memuat turun aplikasi MyJPJ sejak ia diperkenalkan kira-kira dua bulan lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim Datuk Zailani Hashim berkata, setakat ini, aplikasi yang dibangunkan oleh JPJ untuk menyemak salinan lesen memandu dan cukai jalan digital itu berjalan lancar.

Menurutnya, menerusi inisiatif pendigitalan berkenaan, pihaknya turut menggunakan alat Smart Enforcement Device (SMED) untuk mengesan maklumat lengkap pemandu.

“Bagi pemandu yang mempunyai masalah untuk mempamerkan lesen memandu dan cukai jalan digital, kita akan menggunakan alat SMED dengan membuat pendaftaran identiti mereka untuk mengakses lesen dan cukai jalan secara digital,” katanya pada sidang akhbar sebelum Majlis berbuka Puasa JPJ Negeri Kelantan di Panji, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zailani memberitahu, penggunaan SMED juga merupakan satu penyelesaian sekiranya pemandu kenderaan menghadapi masalah liputan internet semasa pemeriksaan dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI