fbpx

JPJ Negeri Sembilan keluarkan 3,548 notis kesalahan sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguatkuasa JPJ komited menjalankan operasi sepanjang bulan Ramadan walaupun cuaca panas dengan 3,548 notis kesalahan telah dikeluarkan. Foto IHSAN JPJ NEGERI SEMBILAN.

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan sebanyak 3,548 notis atas pelbagai kesalahan menerusi operasi yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, dalam operasi bermula 23 Mac sehingga 6 April lalu, sebanyak 7,789 kenderaan telah diperiksa dan 1,847 buah daripadanya sudah diambil tindakan.

“Sebanyak 1,083 buah motosikal, 852 kereta, 45 kenderaan perkhidmatan awam, 1,372 kenderaan barangan dan 196 lain-lain kenderaan diperiksa dalam pelbagai operasi yang dijalankan JPJ sejak 1 Ramadan lalu.

“Kesalahan paling banyak dikesan adalah membabitkan perlesenan pemandu iaitu sebanyak 1,144 notis diikuti kesalahan perlesenan kenderaan (974) dan kesalahan teknikal (494),” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Hanif Yusabra berkata, daripada jumlah itu, 2,970 daripadanya adalah notis saman JPJ (P) 22, 160 notis arah periksa, 172 notis S82(1) Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan selebihnya lain-lain notis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI