fbpx

[VIDEO] Isu ‘work life balance’, menyakitkan tapi benar – Siti Khadijah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDANGAN Janna tentang isu 'work life balance' yang tular baru-baru ini dipersetujui Siti Khadijah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Siti Khadijah Halim bersetuju dengan pandangan Janna Nick mengenai isu untuk mendapatkan keseimbangan hidup dan kerjaya (work life balance), seseorang perlu mengukuhkan kewangan terlebih dahulu.

Siti Khadijah, 26, berkata, biarpun terlalu kasar untuk didengar, tapi pandangan dilontarkan Janna merupakan perkara yang benar dan perlu diterima oleh semua pihak.

“Apa yang Janna Nick cakap itu adalah kebenaran yang menyakitkan. Nak tak nak kita kena hadap. Bagi saya untuk capai kesimbangan hidup dan kerjaya kita kena jadi kuli dahulu.

“Bagi saya kita boleh capai kesimbangan itu selepas bekerja keras. Sebelum saya berada di tahap ini saya pernah kena maki, balik lambat, kena campak skrip,” ujarnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama artis VIU, di Hotel Pavilion, di sini, semalam.

Menafikan tanggapan segelintir netizen yang menyangka kerja selebriti mudah, pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu berkata, mereka juga merasakan kepenatan seperti pekerjaan lain.

“Orang nampak artis sentiasa kelihatan cantik dan selalu bersiap tapi mereka tak tahu penat dia macam mana. Bagi saya semua pekerjaan sama penat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti Khadijah meminta netizen tidak terus mempertikaikan pandangan yang diberikan pelakon Misteri Mona itu dan memandangnya dari sudut positif.

Sebelum ini, pandangan yang dikemukakan Janna ketika menjadi tetamu program audio siar (podcast) Studio Sembang bersama Amelia Handerson menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Janna berkata, dia mencapai keseimbangan hidup dan kerjaya selepas mengukuhkan kewangan terlebih dahulu, tidak seperti generasi masa kini.

“Generasi sekarang mahukan work life balance, saya ada semua itu masa umur 28 tahun sekarang, selepas ada sejumlah wang, dua buah rumah dan kereta.

“Bukan nak berlagak tapi lebih tenang sikit selepas memperoleh sesuatu dalam hidup. Kecuali anda datang dari keluarga kaya atau kahwin dengan lelaki berada,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI