fbpx

Iran pasang kamera pintar kesan wanita tidak bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita berjalan melalui kedai di Dataran Enghelab, Teheran pada 5 Disember 2022. - AFP

TEHERAN – Iran akan mula memasang kamera sistem pengawasan untuk menangkap wanita yang melanggar undang-undang pemakaian tudung yang ketat di negara itu, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Agensi berita prokerajaan, Tasnim berkata, polis telah melancarkan langkah inovatif untuk mencegah ketegangan konflik yang menyelubungi undang-undang pemakaian hijab menggunakan kamera pintar di tempat awam untuk mengenal pasti individu yang melanggar norma.

“Orang yang didapati melanggar etika berpakaian akan dihantar mesej amaran oleh pihak berkuasa,” kata laporan itu.

Kematian Mahsa Amini, 22, pada September 2022 selepas ditahan kerana tidak memakai tudung dengan sempurna mencetuskan bantahan di seluruh Iran.

Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri Iran meningkatkan pegangannya terhadap undang-undang tersebut dengan mengatakan bahawa tudung adalah salah satu asas tamadun negara Iran.

Tindakan itu dibuat selepas sebuah video tular yang memaparkan seorang lelaki Iran membaling yogurt kepada dua wanita yang tidak bertudung. Wanita itu kemudian ditangkap oleh pasukan keselamatan Iran. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI