fbpx

Intan Najuwa ‘sorok’ tunang demi jaga privasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENGAMBIL iktibar pengalaman lalu, Intan Najuwa bertegas enggan bersikap terbuka perihal status dan hubungannya bersama seorang lelaki berpangkat Datuk.

PETALING JAYA – Tidak mengiyakan atau menidakkan dirinya sekarang sudah bergelar tunangan seorang lelaki berstatus Datuk, pelakon Intan Najuwa mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih untuk tidak bercerita soal peribadi.

Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid berkata, andai sudah tiba waktu yang sesuai nanti, dia sendiri akan berkongsi tentang perihal terbabit.

“Macam biasalah. Hal peribadi, kita tak perlu cerita apa-apa dahulu.

“Saya memang tak bersedia nak cakap apa-apa cuma nak beritahu di sini, perkara melibatkan hal peribadi, rasanya tak payah kot (diceritakan).

“Bagaimanapun, saya tak nafikan sekarang saya sedang menjalin hubungan istimewa dengan seseorang. Tapi, saya tidak mahu memperincikan perkara tersebut. Yang tahu, tahulah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengambil pengajaran daripada insiden lepas, Intan, 26, yang pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli namun putus di tengah jalan memaklumkan, dia tidak mahu menyesal pada kemudian hari seperti apa yang telah berlaku kepadanya sebelum ini.

“Saya bahagia sekarang. Alasan saya tidak bercerita soal peribadi sebab tidak mahu mengeruhkan keadaan sekiranya apa-apa terjadi pada masa hadapan.

“Bukan apa, saya takut dan tak berani. Terlalu banyak kongsi hal peribadi, nanti orang pun muak.

“Kita pun makin tua dan matang dalam berfikir. Jadi, simpan sikit hal peribadi buat diri kita dan hanya kongsikan kepada umum apa yang patut iaitu berkenaan kerjaya,” ujarnya.

SEIRING kematangan, Intan berpendirian tidak mahu terlalu menjaja kisah peribadi kepada umum. Foto – SADDAM YUSOFF

Ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rizman Ruzaini di sebuah hotel terkemuka ibu negara baru-baru ini, pelakon drama rantaian Jesnita itu datang bersama lelaki yang dikatakan tunangnya.

Sungguhpun begitu, Intan meminta jasa baik dan kerjasama media agar sebarang foto bersama lelaki itu tidak dibidik jurufoto bertugas.

Namun, Intan merupakan pelajar jurusan undang-undang di Kolej BAC, Singapura tidak menafikan bahawa lelaki itu adalah individu yang menjalin hubungan serius dengan dirinya.

Sementara itu ketika diminta memberi komen tentang isu perceraian yang sedang meledak dalam kalangan pasangan selebriti tempatan sejak akhir-akhir ini, Intan berkata: “Tak adalah rasa cuak ke apa sebab saya sendiri belum melalui fasa itu (berkahwin).

“Kalau dah masuk alam perkahwinan, saya percaya cerita setiap pasangan adalah berbeza.

“Saya ada dengar tentang cerita itu (artis bercerai). Saya tidak berada di posisi sesuai untuk bercakap panjang tentang itu sebab saya pun belum kahwin.

“Kita doa yang baik-baik sahaja untuk orang sekeliling. Saya percaya, kalau doa yang baik-baik akan dibalikkan yang positif buat diri kita.”

Terdahulu, sebuah portal hiburan tanah air melaporkan bahawa Intan sudah bertunang dengan seorang lelaki berstatus Datuk.

Menurut sumber, majlis pertunangan mereka berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru, Johor dan mereka dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tahun ini.

Sumber turut memaklumkan, lelaki itu turut mengikuti rombongan keluarga Intan ke Mekah bagi mengerjakan umrah Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI