fbpx

Ikutkan hati nak saman RM100 juta – A. Aida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. AIDA bagaimanapun mengakui, Amelia seorang pelakon yang bagus.

MEMAAFKAN pelakon Amelia Henderson tetapi bertekad tidak akan lagi bekerjasama dengan pelakon itu pada kemudian hari, penerbit sensasi, Datuk A. Aida juga tidak mahu terlalu bersorak atas kemenangan kes samannya.

Lebih penting kata Aida, keputusan mahkamah menjadi satu pengajaran buat golongan artis supaya menghormati dakwat yang ‘diturunkan’ atas kertas kontrak.

Pemilik nama lengkap Zaidah Awang itu berkata, kerja seorang penerbit bukan mudah. Banyak perihal yang tak nampak di mata perlu dikorbankan demi menjayakan sesebuah karya.

Susahkan banyak pihak – A. Aida

“Untuk menerbitkan drama 28 episod kali 60 minit memerlukan bajet yang besar. Bajet yang kita keluarkan RM1 juta. Kadang-kadang boleh cecah RM1.1 juta.

“Jadi, bila dah mula penggambaran, kita dah buat pembayaran untuk tempah lokasi, artis-artis, kru, pasukan produksi dan banyak perihal teknikal lain. Masa nak mula ‘shooting’, sekurang-kurangnya kita dah keluar RM350,000.

“Maknanya, kita dah ‘lock’ semua. Contohnya, nak ‘shoot’ esok harinya, van dah bayar, barang-barang nak jalani penggambaran semua dah bayar, sewa itu ini semua dah bayar.

“Sebelum ‘shooting’, kita akan bayar dahulu. Bila seseorang artis itu tarik diri saat akhir, banyak kesulitan yang perlu ditanggung ramai orang.

“Banyak kerugian dan masalah ditanggung termasuklah pihak pengarah. Kalau ikutkan hati, RM100 juta saya nak saman,” katanya.

SEBAGAI penerbit, A. Aida mengakui hilang hormat terhadap Amelia.

Amelia, she’s good!

Mengulas tentang disiplin kerja, Amelia tidak mempunyai masalah dengannya sebelum ini, namun disebabkan kes mahkamah yang kemenangan akhirnya berpihak pada dirinya, banyak perkara yang tidak lagi seperti dahulu.

“Saya maafkan dia. Antara saya dengan Amelia tiada masalah. Dahulu dia berlakon dengan saya pun, she’s good! (dia bagus), dari segi disiplin dan apa saja.

“Tetapi, disebabkan kes ini, hilang hormat saya sebagai penerbit kepada seorang artis. Bagi saya, artis tak boleh bertindak begitu kalauingin lama bertahan dalam industri. Saya tak tahu atas alasan apa dia buat begitu.

“Jadi, saya dah memang seriklah. Memang takkan lagilah (ambil dia berlakon). Orang cakap, pengalaman mendewasakan diri kita.

“Saya ambil dia berlakon selepas drama rantaian, Kisah Cinta Kita, sebab dia memang bagus. Sebenarnya, saya ada tiga projek Akasia nak panggil dia tapi benda ini dah jadi, maka tiada jodoh lagilah,” ujarnya.

‘Hanya penerbit faham’

Jelas wanita berusia 53 itu lagi, hanya rang yang pernah duduk di posisi penerbit tahu penat lelah ‘jawatan’ tersebut.

“Artis tak faham tugas seorang penerbit. Penerbit bukannya senang macam pelakon yang datang pagi, balik tidur. Fikir nak ‘shoot’ sahaja. Kita ini kena fikir daripada A sampai Z. Daripada lokasi, prop, makan minum dan segala-galanya.

“Mereka yang bergelar penerbit sahaja faham macam mana nak terbitkan sesebuah karya. Apa yang kita kena lalui.

“Jadi, bila jadi benda begini, saya memang tak sangka sebab sepanjang jadi penerbit ini pertama kali dapat artis macam dia.

“Saya tak boleh terima dan disebabkan itu, saya saman dan akhirnya kemenangan berpihak kepada saya,” getus A. Aida.

Jumaat lalu, industri hiburan negara digemparkan dengan berita Mahkamah Sesyen Sivil mengarahkan Amelia membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak drama Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan, A. Aida Production Sdn. Bhd.

Hakim, Zulqarnain Hassan memutuskan Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28, memohon maaf dan memadam video dalam Instagram mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI