fbpx

Harimau Malaya intai kelompok 120 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya berjaya menghuni kedudukan 138 dunia ketika ini selepas mencatat kemenangan dalam dua aksi persahabatan lalu. – FB FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) optimis skuad Harimau Malaya berpotensi untuk menembus kelompok ranking 120 pasukan terbaik dunia pada penghujung tahun ini sebelum ke kejohanan Piala Asia 2023 nanti.

Sebagai rekod, skuad negara di bawah kendalian Kim Pan-gon telah menunjukkan peningkatan tujuh anak tangga apabila ran­king semasa melonjak ke kedudukan 138 dunia berdasarkan senarai rasmi dikeluarkan FIFA, Khamis lepas.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pasukan negara akan terus mendaki carta ranking andai berjaya meraih kemenangan dalam enam aksi antarabangsa pada Jun, September dan Oktober depan.

Malah, Hamidin anggap skuad Harimau Malaya berpotensi untuk mengutip lebih banyak mata ranking dalam dua perlawanan aksi kumpulan pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang bakal bermula pada November nanti.

“Kalau proses ini berjalan sampai November dan keputusan positif memihak kepada negara, kita mungkin naik di kedudukan sekitar 120, itu memang sasaran, tetapi kita perlu bekerja keras selain perlu mempertahankan ranking semasa.

“Kita tidak boleh kalah berte­rusan (seperti) yang terjadi sebelum ini, kalau kita lihat bermula hujung tahun 1995 hingga 2010 satu keadaan yang tidak bagus iaitu ranking kita jatuh merudum,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Mengulas lanjut, Hamidin mengakui barisan kejurulatihan bersama Pengarah Teknikal, Scott O’Donell perlu bijak dalam percaturan menentukan pasukan yang akan ditentang Harimau Malaya dan pada masa sama meningkatkan kualiti pasukan.

Malah, Hamidin mengesahkan Malaysia akan mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa bulan Jun depan menentang Kepulauan Solomon dan Yemen dengan venue kejohanan berkemungkinan kekal di Johor atau ditukar ke Terengganu.

Skuad negara sebelum ini berjaya merekodkan dua kemena­ngan antarabangsa dengan menewaskan Turkmenistan dan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI