fbpx

Festival Ramadan Putrajaya 2023 mula operasi hingga 5 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persembahan fesyen menampilkan jenama vendor pakaian tempatan sempena Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP 2023) yang berlangsung di Anjung Syawal, Presint 3, semalam.

PUTRAJAYA – Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP 2023) akan melanjutkan operasinya sehingga 5 pagi bermula Isnin ini, bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan kelengkapan Aidilfitri pada saat akhir.

Pengarah Ingenious Creative Lab (M) Sdn. Bhd, Shahrul Musa berkata, pihaknya memilih 10 hari terakhir Ramadan bagi lanjutan operasi itu berbanding tamat pukul 12 tengah malam, sebelum ini.

Beliau berkata, lanjutan operasi itu akan memberi peluang kepada 250 vendor FRP 2023 menawarkan harga diskaun dan berpatutan kepada pengunjung.

“Menjelang tiga hari terakhir Ramadan juga, vendor yang mengambil bahagian turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus menerusi promosi ‘happy hour’.

“Lebih 160 vendor menawarkan kelengkapan Hari Raya termasuk busana Raya yang kebanyakannya jenama tempatan,” katanya ketika ditemui selepas majlis persembahan fesyen di Anjung Syawal FRP 2023, di sini.

Katanya, antara jenama tempatan bertapak di FRP 2023 termasuk Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Jols Luxe Fabrics, Rimbun KL, Zareeth Zehra, Arma Couture, Ejay Collection dan Muslim Vibe.

“Kami menyasarkan 500,000 pengunjung bagi FRP 2023 kali ini dan yakin ia dapat dicapai menerusi pelbagai program dan aktiviti sepanjang penganjuran festival itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI