fbpx

Elvina cantik macam Ji-soo Blackpink – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELVINA MOHAMAD

SELAIN pelakon Emma Maembong, seorang lagi aktres yang sedang sarat berbadan dua ialah Datin Elvina Mohamad.

Difahamkan usia kandungannya sudah mencecah 36 minggu. Orang kata, ‘tunggu hari’. Berseri-seri betul aura Elvina walaupun sedang hamil.

Bahkan, terdapat pengikutnya mendakwa wajah Elvina tidak ubah seperti seorang anggota kumpulan Blackpink iaitu Ji-soo.

“Mengandung pun cantik. Macam muka Ji-soo Blackpink,” ujar seorang peminatnya.

Wah! Terus wajah bintang K-pop yang disamakan. Tapi memang betulkan, iras-iras memang ada rupa sikit macam Ji-soo. Elvina pun memang cantik secara semula jadi.

Peminat juga mendoakan agar urusan bersalin Elvina dipermudahkan dan bayi yang bakal lahir nanti sihat.

“Tahniah. Semoga segala urusan dipermudahkan,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

DIVA: Tahniah Datuk Rosyam dah timang cucu kelima pun tetap kacak bergaya! Apa rahsia?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI