PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyemarakkan suasana sambutan Ramadan dengan menyiapkan 200 bungkusan bubur lambuk di Masjid Ar Rashid, Kampung Kubang Perun, Perlis, hari ini.
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata Program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk itu anjuran bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Belia 4B Parlimen Padang Besar.
Menurutnya, edaran bubur lambuk secara percuma ini adalah sumbangan Ramadan bagi berkongsi kepada masyarakat untuk menikmatinya.
“Program itu berlangsung dalam suasana meriah dan ceria bermula daripada aktiviti gotong-royong untuk menyiapkan sebanyak 200 bungkus bubur lambuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, aktiviti itu turut disertai ahli kariah masjid serta penduduk tempatan dan program tersebut telah bermula sejak awal Ramadan. – KOSMO! ONLINE