fbpx

Wanita lahirkan cucu guna sperma mendiang anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Obregon bersama Garcia pada 2013. - Europa Press/ Getty Images.

MADRID – Seorang pelakon wanita Sepanyol mengejutkan orang ramai kerana mempunyai cucu melalui kaedah ibu tumpang dengan menggunakan sperma anak lelakinya yang telah meninggal dunia, lapor laman berita Detik semalam.

Ibu tumpang diharamkan di Sepanyol dan kebanyakan orang merujuknya sebagai ‘menyewa rahim’.

Ana Obregon, 68, kehilangan anak tunggalnya, Aless Lequio Garcia, 27, akibat kanser pada 2020. 

Dalam temu bual bersama majalah Sepanyol, ¡Hola!, Obregon mendedahkan bahawa dia mendapat seorang bayi perempuan yang dilahirkan di luar negara. Bayi itu secara biologi ialah cucunya dan dinamakan Ana Sandra.

Obregon melakukan perkara tersebut kerana sedih dengan kehilangan anaknya. 

Ketika kisah itu mendapat perhatian antarabangsa, Obregon mendedahkan bahawa anaknya telah membekukan spermanya sebelum memulakan rawatan kanser di New York.

Undang-undang di kebanyakan negeri Amerika Syarikat (AS) menyokong dan mengiktiraf ibu tumpang. 

Doktor mengesyorkan agar anaknya membekukan sperma sebelum memulakan kemoterapi, dan keinginan terakhir Garcia adalah untuk mempunyai anak.

Obregon memulakan proses ibu tumpang pada hari dia meninggal dunia, dan hanya memberitahu saudara perempuannya tentang kehamilan itu. Perkara itu dirahsiakan sehinggalah wawancara tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI