fbpx

UMNO tidak desak, hasut cuma beri sokongan pengampunan Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani merasmikan pelancaran Program Bantuan Meriah Beraya di Pusat Pakaian Hari -Hari Cawangan Kamunting, Perak hari ini. Foto oleh WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

TAIPING – Tindakan langkah Majlis Tertinggi (MT) UMNO memohon untuk mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah bagi mendapatkan pertimbangan dan bukannya bertujuan mendesak atau menghasut.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ianya adalah bertujuan untuk membawa sebulat suara akar umbi dan menunjukkan sokongan UMNO terhadap permohonan pengampunan itu.

“Ramai ahli UMNO diseluruh negara termasuk penyokong UMNO menghantar surat dan mesej di aplikasi WhatsApp ‘komplen’ kata seolah -olah UMNO tidak berbuat apa-apa dalam membantu pihak keluarga DSNR (Datuk Seri Najib Tun Razak) bagi mendapatkan pengampunan Agong.

“Oleh kerana itu, MT UMNO telah mesyuarat dan memutuskan untuk mempersembahkan warkah rayuan kepada Seri Paduka Baginda agar dapat memberi pertimbangan pengampunan penuh sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan dan kita bukannya bertujuan mendesak atau menghasut.” katanya kepada pemberita selepas selesai merasmikan Program Bantuan Meriah Beraya Sejahtera Bersama Kerajaan Negeri Perak Sempena Aidilfitri 2023 di Pasaraya Hari -Hari Kamunting di sini hari ini.

Menurutnya, seperti yang telah sedia maklum bahawa Mahkamah Persekutuan telah membuat undian 4-1 baru-baru ini dan hukuman penjara itu dikekalkan terhadap Najib.

“Kita turut bersimpati tetapi kita kena faham bahawa mengikut lunas undang-undang, peluang terakhir DSNR adalah mendapatkan peluang pengampunan YDPA.

“Jadi YDPA akan membuat keputusan berasaskan kepada permohonan daripada keluarga atau pun orang-orang yang terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI