fbpx

Ugut bakar kereta selepas gagal dalam percintaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Seorang lelaki bertindak mengugut membakar kereta dan mencederakan bekas kekasihnya selepas hasrat ingin meneruskan hubungan percintaan ditentang wanita terbabit.

Awalnya, wanita berusia 27 tahun itu berada yang berada di kediamannya di Pandan Perdana, di sini sebelum dihubungi suspek berusia 42 tahun pada pukul 8.30 malam, kelmarin.

Dalam panggilan telefon itu, suspek mengugut ingin merosakkan kenderaan dan mencederakan mangsa jika bertemu.

Bimbang dengan keselamatan dirinya kemudian mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bertindak atas maklumat kes ugutan jenayah di sebuah rumah Pandan Perdana, di sini, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki di sebuah Residensi di Kuala Lumpur, di sini, kelmarin.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai 19 rekod jenayah dan tiga daripadanya masih dikehendaki.

“Ujian saringan awal air kencing juga dapati positif dadah jenis THC dan AMP,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI