fbpx

Suhu sejuk di puncak Gunung Kinabalu catat bawah paras beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhu di bawah paras beku dicatatkan di kawasan puncak Gunung Kinabalu, Sabah semalam. - IHSAN TAMAN-TAMAN SABAH

KOTA KINABALU – Suhu di bawah paras beku di kawasan puncak Gunung Kinabalu, semalam menyebabkan air di permukaan batu atau kayu membeku dan membentuk kepingan, isikel atau hablur ais.

Taman-Taman Sabah menerusi hantaran di Facebook, Sabah Parks menyatakan suhu antara negatif tiga hingga negatif lima darjah Celsius itu direkodkan antara pukul 2.30 hingga 7 pagi.

Menurut kenyataan sama, fenomena terbabit berlaku dari kawasan Sub Stesen Panalaban, Taman Kinabalu sehingga ke puncak.

“Permukaan batuan granit licin disebabkan pembekuan ais. Semoga pendaki sentiasa berhati-hati sepanjang melakukan aktiviti pendakian dan turun.

“Setakat ini aktiviti pendakian adalah lancar dan terkawal. Tiada kes kecemasan atau kemalangan yang dilaporkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI