fbpx

Saya dan Shila Amzah tidak tinggal serumah – Ubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARA-GARA kerap dilihat bersama, Ubai dan Shila sering dituduh tinggal serumah atau bersekedudukan.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Ubai menafikan dakwaan segelintir yang menuduhnya bersekedudukan dengan kekasihnya, penyanyi Shila Amzah.

Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bagaimanapun mengakui pernah beberapa kali datang ke rumah penyanyi itu untuk berbuka dan moreh namun bukan seorang diri.

“Sha (panggilan Shila Amzah) memang duduk seorang diri. Kadang-kadang saya ajak kawan-kawan tempat kerja untuk berbuka puasa atau moreh di rumahnya.

“Boleh dikatakan setiap kali ‘live’ dalam TikTok, pasti ada yang bertanya sama ada kami tinggal serumah atau tidak. Kami pun sudah lali apabila kerap ditanya dengan soalan yang sama.

“Nak cakap duduk serumah itu jauh sekali. Apatah lagi ibu saya sekarang pun kurang sihat. Jadi fokus untuk ibu saya lebih utama,” katanya dalam temu bual bersama Hlive!

Tambah lelaki berusia 25 tahun itu, Shila amat profesional untuk menangani isu sebegitu kerana sudah lama berada dalam industri, berbanding dirinya yang masih lagi baharu.

“Bila Sha buat live, mesti orang akan tanya mana Ubai? Bila kami buat live bersama, orang tanya pula kami duduk serumah ke?

“Sha sangat profesional kerana dia sudah lama berada dalam industri untuk berdepan isu sebegini. Cuma saya masih lagi baharu,” kata Ubai.

Hari ini, kisah percintaan antara Shila dan Ubai semakin mencuri perhatian ramai selepas lelaki itu dilihat membeli sebentuk cincin untuk Shila.

Difahamkan, cincin yang dibeli Ubai untuk pelantun lagu Patah Seribu itu adalah sebagai tanda kepada hubungan cinta yang terjalin sejak awal tahun ini.

Menerusi sebuah perkongsian video yang dimuat naik malam tadi, pasangan kekasih itu dilihat berada di sebuah kedai barangan kemas, sekali gus mencetuskan spekulasi sana ada mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI