SHAH ALAM – Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM35 juta bagi membaiki kira-kira 10 buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur dan Selangor.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut diberikan di bawah Program Kita-Untuk-Kita (K2K).
“Kita anggarkan 10 hingga 12 PPR di Kuala Lumpur dan Selangor yang kita tetapkan kategori yang bermasalah.
“Peruntukkan itu bagi membolehkan masalah seperti paip, lampu rosak dan lain-lain lagi dapat diatasi segera,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program K2K di PPR Kampung Baru Hicom, di sini, hari ini.
Justeru, Anwar menjelaskan akan meminta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membuka tender segera bagi membolehkan kerja-kerja kerosakan ini dijalankan. – KOSMO! ONLINE