fbpx

Polis serbu salah rumah, tembak mati lelaki tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Polis Farmington tersilap mengetuk pintu rumah yang salah. - Yahoo

WASHINGTON  – Polis di negeri New Mexico, Amerika Syarikat (AS) menembak mati seorang lelaki di kediaman yang salah selepas menerima aduan mengenai keganasan rumah tangga, lapor laman berita Wion News semalam.

Jabatan Polis Farmington menerima aduan sekitar pukul 11.30 malam (waktu tempatan) pada Rabu lalu mengenai keganasan rumah tangga di alamat 5308 Valley View Avenue.

Setibanya di lokasi kejadian, anggota polis terbabit tersilap menuju ke kediaman berlainan iaitu 5305 Valley View Avenue dan mengetuk pintu rumah tersebut.

Apabila tiada jawapan, mereka meminta pemanggil untuk membuka pintu. 

Selepas itu, kamera badan seorang anggota polis menunjukkan seorang lelaki bernama Robert Dotson, 52, membuka pintu rumahnya dengan bersenjatakan pistol.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila anggota polis melepaskan tembakan yang mengenai Dotson.

Apabila mendengar bunyi tembakan, isteri mangsa yang juga bersenjatakan pistol, melepaskan tembakan dari laluan menghala ke arah pintu. Selepas menyedari kehadiran polis, wanita itu meletakkan senjata dan mematuhi arahan.

“Dotson maut akibat terkena tembakan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pejabat Penyiasatan Perubatan. Isterinya yang tidak cedera tidak didakwa melakukan jenayah,” demikian kenyataan polis.

Kes itu kini dalam siasatan dan pejabat peguam daerah akan memutuskan sama ada anggota-anggota polis yang terlibat dan tindakan mereka memerlukan siasatan  lanjut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI