fbpx

Perut terburai, lelaki maut diserang beruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kematian Papi dikaitkan dengan serangan beruang. - Newsflash/Getty

ROM, Itali – Mayat seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan mengerikan di dalam sebuah hutan dipercayai dibunuh secara kejam oleh beruang, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Andrea Papi, 26, kali terakhir dilihat masih hidup pada pagi 5 April lalu sebelum dia keluar berjoging di lembah Val di Sole, bandar Trentino.

Mayat Papi dengan anggota badannya terkoyak dan perut terburai ditemui di kawasan hutan, beberapa jam selepas teman wanitanya menghubungi polis tempatan apabila dia tidak pulang ke rumah untuk makan malam.

 

 

Pasukan penyelamat menemui mayat Papi dengan luka parah akibat diserang binatang buas, lapor media tempatan.

Dia dipercayai diserang oleh seekor atau beberapa ekor beruang di hutan berdekatan kampung halamannya.

Pasukan penyiasat mengesyaki Papi diserang di jalan sebelum diseret ke dalam hutan. Bedah siasat kini dijalankan untuk mengetahui sama ada Papi meninggal dunia sebelum diserang.

Kes itu dikaitkan dengan spesies beruang coklat yang hidup di hutan di wilayah utara Itali.

Kematian Papi mengejutkan penduduk kampung dengan ramai antara mereka mendakwa berkenaan peningkatan penampakan beruang sejak kebelakangan ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI