fbpx

Penyelia estet maut langgar lopak air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERZUKI maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

ALOR GAJAH – Seorang penyelia estet sawit maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas motosikal ditunggangi terlanggar lopak air di Jalan Garing, Machap di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa Merzuki Selamat, 45, maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Krubong ke rumahnya di Tebong.

“Setiba di lokasi motosikal ditunggangi mangsa dipercayai telah terlanggar lopak air di atas permukaan jalan dan menyebabkannya hilang kawalan sebelum mangsa terjatuh di pertengahan jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini lewat malam tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil siasatan pegawai penyiasat di lokasi mendapati kemalangan berlaku ketika cuaca hujan, manakala lorong jalan adalah lurus.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI