fbpx

Penunggang motosikal maut dibaling batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kullatat cedera akibat dibaling batu ketika menunggang motosikal. - MGR Online

BANGKOK – Seorang lelaki berusia 18 tahun meninggal dunia di hospital selepas dua samseng membaling batu ke arahnya ketika dia menunggang motosikal di wilayah Satun, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kullatat Tohem dikejarkan ke hospital pada 2 April lalu akibat kecederaan serius di kepala. Dia dirawat sebelum meninggal dunia petang semalam.

Menurut saudaranya, Kullatat mengalami kerosakan otak dan tidak bertindak balas terhadap rawatan.

Dua suspek, Fasol Tonyale dan Natthakit Dorla menyerah diri di Balai Polis Mueang Stun pada 4 April lalu. 

Fasol menafikan semua dakwaan tetapi dipenjarakan selama 12 hari sebelum dibicarakan di mahkamah. Situasi Natthakit lebih ringan kerana dia seorang remaja.

Mereka didakwa melanggar Seksyen 297 Undang-undang Jenayah dengan melakukan kecederaan pada anggota badan hingga menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa.

Hukumannya ialah penjara enam bulan hingga 10 tahun dan denda 10,000 baht (RM1,277) hingga 200,000 baht (RM25,550).

Menerusi temu bual oleh MGR Online, isteri Fasol mendakwa bahawa suami dan rakan-rakannya mempunyai konflik sebelum ini dengan Kullatat.

Kullatat dan rakan-rakannya pernah memasuki rumah mereka untuk mencabar suaminya melawan mereka. 

Wanita itu mendakwa suaminya tidak berniat membunuh mangsa dan tindakan itu bertujuan untuk mempertahankan diri. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI