fbpx

Penduduk risau, lepas halau gajah datang semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung sedang mengutip hasil kebun yang dirosakkan sekumpulan gajah di Kampung Tong Pelu, Pedu semalam.

KUALA NERANG – Lebih 30 peserta Tanam Semula Berkelompok (TSB) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di Kampung Pinang, Pedu dekat sini resah apabila hasil tanaman dimusnahkan sekumpulan gajah.

Kata salah seorang penduduk di situ, Mohamad Shaari, 50, mereka buntu apabila masalah tersebut sudah berlarutan selama lima bulan tanpa ada sebarang penyelesaian pihak berkaitan.

“Memang sebelum ini Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Per­hilitan) ada datang untuk halau gajah-gajah itu masuk ke hutan tetapi tak berapa lama kemudian, haiwan itu datang semula dan perkara itu berulang beberapa kali.

“Akhirnya penduduk kampung risau nak ke kebun dan tidak lagi sanggup menoreh getah. Dalam keadaan kita hendak sambut Aidilfitri, sudah tentu keadaan ini amat memberi kesan terhadap pendapatan kebanyakan kami.

“Justeru kami harap ada penyelesaian terhadap isu ini. Paling kami bimbangkan, tidak mustahil satu hari nanti gajah-gajah itu akan merentas Sungai Pedu dan mendekati kediaman penduduk kampung,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi penduduk kampung itu, Mohd. Shabari Abdul Rahman, 54, mengakui kerap terserempak dengan haiwan tersebut setiap kali ke kebun.

“Kami sudah lama ternanti-nanti agar tanaman ini mendatangkan hasil, namun hanya dalam tempoh semalaman, habis semuanya dirosakkan gajah.

“Sebelum ini ada juga saya menyertai pihak Perhilitan untuk halau gajah-gajah ini tetapi keadaannya seolah-olah menghalau ayam makan padi,” katanya.

Sementara itu Muhamad Harun, 56, mendakwa, haiwan itu sememangnya sudah berada di kawasan tersebut sejak kali pertama dia menyertai TSB berpuluh tahun dulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI