fbpx

Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan mohon maaf laung azan maghrib awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Jame' Badlishah Pekan Yan di Yan, Kedah

YAN – Pihak pentadbir Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib, dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi masjid itu, Ustaz Ahmad Nasir, kesilapan tersebut adalah disebabkan masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.

“Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan dan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqadha’.

“Begitulah pandangan Jumhur Ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha’,” katanya dalam satu kenyataan rasmi masjid bertarikh 1 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI