BUENOS AIRES – Satu imej mengerikan menunjukkan seekor kutu parasit berada pada bola mata seorang pesakit warga emas tua berusia dalam lingkungan 70-an di Argentina, lapor portal berita MailOnline semalam.
Pesakit itu dilaporkan pergi ke sebuah hospital dan mengadu matanya ‘gatal’ serta berdarah. Ketika melakukan pemeriksaan, doktor mendapati terdapat seekor pada bahagian skleranya iaitu lapisan luar bola mata.
Tiada butiran lanjut didedahkan tetapi doktor biasanya menggunakan penyepit kecil untuk mengeluarkan kutu seperti dalam kes tersebut.
Klip video itu didedahkan menerusi akaun TikTok, neuquencapitaltiktok yang berada di Neuquen iaitu sebuah bandar di wilayah Patagonia, Argentina.
Video tersebut dimuat naik pada pada bulan lalu dan sejak itu, ia menjadi tular dan mendapat lebih 2.6 juta tontonan.
Mereka yang menonton klip video itu menyatakan rasa terkejut dan jijik dengan kejadian itu. – Agensi