fbpx

KKM kenal pasti 12 projek sakit di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini projek naik taraf Hospital Papar di Sabah.

PAPAR – Sebanyak 12 projek sakit membabitkan hospital serta klinik kesihatan dikenal pasti di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu termasuklah tiga projek di Sabah iaitu projek naik taraf Hospital Papar, Hospital Beaufort dan Klinik Kesihatan Sikuati manakala selebihnya di Semenanjung.

“Seperti projek naik taraf Hospital Papar ini, ia adalah bukti kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini khususnya bagi daerah Papar.

“Pembinaan bangunan baharu Hospital Papar ini akan dapat membantu lebih 100,000 penduduk di daerah ini serta kawasan sekitar bagi mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan lebih selesa.

“Projek ini mula dilaksanakan sejak 23 Mei 2017 namun mengalami kelewatan ekoran Covid-19, penyediaan tenaga kerja dan kekurangan material. Bagaimanapun, pembinaan bangunan ini dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini mula beroperasi pada Mac 2024,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Papar hari ini.

Mengulas lanjut, Zaliha memaklumkan projek naik taraf Hospital Papar diluluskan dengan kos sebanyak RM98.5 juta yang melibatkan pembinaan wad dengan pertambahan 84 katil yang merangkumi wad Pediatrik, wad wanita dan lelaki.

Menurutnya, perkhidmatan yang bakal disediakan kepada pesakit termasuk kecemasan dan trauma, pengimejan (X-Ray), farmasi satelit, dewan pembedahan dan beberapa perkhidmatan lain yang berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI