fbpx

EPL: Lampard rombak kesebelasan utama Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT

LONDON – Pelantikan semula Frank Lampard sebagai pengurus sementara Chelsea dijang­ka kembali menghidupkan peluang buat empat pemain yang sebelum ini ‘dibekukan’ oleh Graham Potter.

Mason Mount, Hakim Ziyech, Christian Pulisic dan penjaga gol, Edouard Mendy berkemungkinan besar kembali mendapat minit permainan selepas pengurus berusia 44 tahun itu memberi bayangan bersedia merombak kesebelasan utama pasukannya.

Bagaimanapun, masih tiada kepastian sama ada keempat-empat bintang itu akan terus memulakan perlawanan atau masuk sebagai pemain gantian untuk aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux malam ini.

“Saya masih tiada jawapan mengenai perkara ini, tetapi Mason (Mount) sentiasa merupakan pemain yang hebat buat saya, sejak dari zaman kami di Derby (County) lagi.

“Dia seorang pemain yang istimewa, tetapi saya faham dia mengalami sedikit masalah kecederaan sebelum ini. Namun, saya tak nafikan dia seorang pemain yang penting,” katanya.

Lampard yang pernah dipercat sebagai pengurus The Blues pada 25 Januari 2021, mahu memastikan bekas juara Eropah itu kembali ke landasan kemenangan dalam kadar segera.

“Saya tidak sukakan perkataan ‘urusan yang belum selesai’ kerana ia terlalu cliche. Saya mahu bekerja dan membantu kelab ini kembali berada pada reputasi yang sebenar,” jelas Lampard.

Peluang Chelsea untuk ber­ada dalam kelompok empat pasukan teratas dilihat sukar apabila kini berada di tangga ke-11, ketinggalan 14 mata di belakang pasukan tempat keempat, Manchester United dengan hanya baki lapan perlawanan sahaja musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI