fbpx

Badminton dominasi senarai Road To Gold

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA mengetuai senarai pemain elit badminton termasuk Aaron-Wooi Yik yang meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 tersenarai dalam projek RTG.

SERAMAI 11 pemain badminton negara tersenarai dalam projek Road to Gold (RTG) dalam pemburuan pingat emas pertama di pentas Sukan Olimpik bermula edisi Paris 2024 di Perancis yang akan berlangsung 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan.

Seperti dijangka, nama jaguh perseorangan lelaki No.4 dunia, Lee Zii Jia mengetuai senarai pemain-pemain elit daripada sukan badminton termasuk juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pasangan beregu berpengalaman, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan beregu wanita No.7 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah juga berada dalam program RTG itu bersama dua beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Jaguh keirin yang juga pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang dan seorang pelumba berbasikal, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut tersenarai selain dua penerjun, Datuk Pandelela Rinong Pamg serta Nur Dhabitah Sabri.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kesemua atlet itu memenuhi kriteria pemilihan dan pada masa sama tidak menolak kemungkinan senarai dijangka berubah apabila kejohanan kelayakan ke O­limpik Paris 2024 bermula.

“Mesyuarat rasmi pertama Jawatankuasa RTG telah diadakan pada 6 April (kelmarin) dan memutuskan beberapa perkara penting termasuk mengenal pasti atlet-atlet yang berpotensi memenangi pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.

“Ia berdasarkan dua kriteria pemilihan ini iaitu satu, pemenang pingat temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan keduanya, tersenarai dalam ranking 10 terbaik dunia.

“Kriteria tambahan atlet podium sedia ada yang menunjukkan pencapaian cemerlang dan wajar diberikan pertimbangan oleh Jawatankuasa RTG,” katanya pada sidang akhbar di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI