fbpx

BABA’S agih lebih 1,000 bungkus bubur lambuk buat warga TTDI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrain (tengah) ketika menyiapkan lebih 1,000 bungkus bubur lambuk bagi diagihkan kepada masyarakat setempat di Taman Tun Dr Ismail, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pengeluar rempah ratus terkemuka, BABA’S sekali lagi berkongsi rezeki apabila mengagihkan lebih 1,000 bubur lambuk di sekitar kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), hari ini.

Ini merupakan kali kedua pihak BABA’S mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) selepas Sabtu lalu di sekitar kawasan Shah Alam.

Ketua Pemasaran BABA Product (M) Sdn. Bhd., Azrain Mohamad berkata pihaknya sangat teruja dapat menyantuni penduduk setempat dan meneruskan tradisi bulan puasa ini.

Menurutnya, persiapan menyediakan bubur lambuk itu telah bermula sejak pukul 9 pagi yang menggunakan lebih 60 kilogram rempah-ratus produk BABA’S.

“Sabtu lepas kita sudah agihkan lebih 6,000 bubur lambuk di Shah Alam, jadi hari ini kita agihkan lagi 1,000 bungkusan kepada komuniti di sini.

“Menerusi program ini, silaturrahim antara pekerja dapat dieratkan serta dapat memberi semula kepada masyarakat setempat. Mereka pun boleh tahu produk BABA’S boleh diguna dalam masakan.

“Bahan-bahan bubur lambuk hari ini sepenuhnya menggunakan produk BABA’S yang mengandungi bahan asli, tiada pewarna, pengawet, dan perasa,” katanya dalam Program Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid At-Taqwa, disini, hari ini.

Tambah Azrain, rempah kurma juga digunakan sebagai bahan utama dalam masakan bubur lambuk kali ini menjadikan bau aromanya sedap dan sangat menggiurkan.

Katanya, BABA’S berterima kasih kepada pihak masjid kerana sudi berkolabrasi dengan pihaknya dalam menyediakan tempat dan fasiliti dalam menjayakan program ini.

Selain pengagihan kepada warga Masjid At-Taqwa dan komuniti setempat, pihak BABA’S juga akan mengedarkan sebanyak 250 bubur lambuk kepada orang ramai di stesen Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Taman Tun Dr Ismail.

Pada masa sama, Azrain berkata pihaknya juga akan mengagihkan ‘goodies bag’ produk BABA’S kepada lebih 30 orang warga asnaf dan mualaf bagi menyantuni mereka pada bulan puasa ini.

“Kami berharap pada masa akan datang kita dapat melakukan program seperti ini dalam skala yang lebih besar bagi meneruskan tradisi memasak bubur lambuk pada bulan Ramadan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI