PETALING JAYA – Usikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pengunjung pada Majlis Berbuka Puasa bersama belia, atlet paralimpik dan anak yatim di Kompleks Seri Perdana pada Rabu lalu undang tawa pengguna media sosial.
Menerusi perkongsian video oleh ZareenH_s di akaun Twitter miliknya itu, Anwar kelihatan bersalaman dan bertemu pengunjung yang hadir pada majlis berkenaan.
Namun, tindakan spontan Perdana Menteri itu bertanyakan soalan sudah makan atau tidak sebelum waktu berbuka puasa kepada sekumpulan pengunjung perempuan mencuit hati ramai pihak.
“Apa khabar, sudah makan?,” soal Anwar.
“Sudah…eh belum,” kata perempuan itu.
“Saya kata sudah makan? dia kata ya,” kata Anwar.
Melalui video berkenaan ramai pengguna media sosial menyifatkan Ahli Parlimen Tambun itu seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan tindakan spontan itu dilihat seperti sedang berkomunikasi bersama ahli keluarga sendiri.
“Gaya atuk-atuk gurau dengan cucu ni,” kata Iguan.
“Lawak dan comel, perangai atuk-atuk sangat,” kata Shiee.
“Suka tengok Anwar kenakan soalan tu, banyak kali ulang video,” ujar Fafue.
Video berdurasi 18 saat itu, kini memperoleh 1 juta tontonan dan 7, 324 ulang ciap di aplikasi Twitter. – KOSMO! ONLINE
PMX gelakkan budak tu sebab tersasul. Ketawanya tiada belas kasihan ye 😂😭
Kita husnuzon, adik tu sekadar tersasul je 😂 pic.twitter.com/ff5Izehnox
— zrnhs (@ZareenH_s) April 6, 2023