fbpx

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis khatam al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan di Masjid Jamek Chenor di Maran hari ini.

MARAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis khatam al-Quran sempena sambutan Nuzul Quran dan bacaan tahlil Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah,  di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut menyerikan majlis itu ialah 100 pelajar Maahad Tahfiz Al-Furqan Maran serta pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai agensi kerajaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan khatam al-Quran, yasin dan tahlil dipimpin oleh Johan Qari Kebangsaan 2003, Datuk Ahmad Faizul Ghazali.

Bacaan doa tahlil khas buat Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar  dan Almarhumah Tengku Ampuan Hajah Afzan Rahimahallah ibni Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad pula dipimpin oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 100 asnaf dan  golongan yang memerlukan.

Baginda berdua kemudiannya turut berkenan berbuka puasa dan bersembahyang magrib  dan Isyak berjemaah Masjid Jamek, Chenor, di sini bersama rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI