fbpx

Wanita kesal, harga bufet tidak sepadan dengan harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar, harga bufet yang ditawarkan

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal, apabila bufet Ramadan mahal yang ditempah baru-baru ini tidak seperti yang diharapkan.

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna, hanya ada beberapa jenis juadah sahaja yang disediakan dan beberapa pemanis mulut.

“Aku antara orang yang tidak kisah habiskan duit dekat makanan, tapi kalau macam ni, teruk,” luahnya.

Lebih menyedihkan, apabila dia juga turut menerima layanan buruk daripada pekerja di hotel terbabit.

“Aku nak ambik lauk pkul 6.58 petang, pekerja dekat situ tak bagi, mereka suruh ambil pukul 7 malam nanti, takut lauk sejuk.

“Aku cuma nak ambil untuk anak aku yang umur dua tahun, melampau sangat nak suruh budak umur dua tahun tunggu berbuka puasa sekali,” luah wanita berkenaan.

Bukan itu sahaja, juadah berbuka puasa yang disediakan juga sudah sejuk dan tidak seperti yang diharapkan.

“Aku pergi ambil lauk pukul 7 malam, macam yang pekerja hotel suruh. Tapi semua lauk sejuk, nasi sejuk,” ceritanya.

Dia yang berasa ditipu oleh pihak hotel berkenaan, bertindak dengan merakam juadah yang disediakan dan menularkannya di TikTok miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut dan turut berkongsi pernah melalui pengalaman yang buruk di hotel berkenaan.

“Bufet kat hotel ni memang ‘out’ dari zaman purba lagi, dari pekerja sampai makanan, tidak pernah berubah,” komen Doctor Bear.

“Ya Allah kak, tempat lain bufet Ramadan macam-macam boleh dapat,” komen Ayu.

Perkongsian tersebut menjadi tular di TikTok dan berjaya meraih 38,000 tanda suka, 2,538 komen dan 2,625 perkongsian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI