fbpx

Tindakan dalaman buat anggota seludup mercun -KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan kes jenayah dan tindakan dalaman terhadap seorang anggotanya yang ditahan terlibat pengedaran mercun dengan menggunakan kenderaan pasukan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tegas akan dikenakan sekiranya terdapat bukti sebarang perlakuan demikian.

“Kes yang dilaporkan sudah diambil tindakan di mana suspek, seorang lans koperal polis ditahan oleh PDRM bersama seorang lelaki awam kerana terbabit dalam aktiviti pengedaran mercun.

“Selain siasatan jenayah, PDRM juga akan mengambil tindakan dalaman ke atas anggota berkenaan yang didapati menyalahgunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

“Kedua-dua suspek kini direman selama empat hari bermula 5 April lalu hingga esok, sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Acryl, pihaknya tidak pernah berkompromi dengan mana-mana warga polis yang terbabit dengan jenayah termasuk kes dihadapi anggota berkenaan yang dipercayai dalang penyeludupan mercun.

Ujarnya, PDRM juga mengalu-alukan masyarakat untuk menyalurkan maklumat sahih bagi membolehkan tindakan diambil dalam membanteras sebarang salah laku atau aktiviti menyalahi undang-undang.

Dalam pada itu, Acryl Sani turut menafikan anggotanya mendalangi kegiatan penyeludupan mercun seperti yang digambarkan dalam laporan akhbar hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI