fbpx

Skuad wanita kebangsaan sedia timba pengalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD wanita kebangsaan bersedia menimba sebanyak mungkin pengalaman beraksi pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Pnom Penh bulan depan.

TIMBA pengalaman menjadi misi utama skuad wanita kebangsaan selepas diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Fili­pina dan Myanmar pada Sukan SEA 2023 yang akan berlangsung di Kemboja bermula Mei depan.

Pada majlis undian kelmarin, pasukan Malaysian Tigress turut diundi bersama Indonesia tetapi negara republik itu mengambil keputusan untuk menarik diri serta-merta.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan wanita, Soleen Al-Zoubi mengakui anak-anak buahnya berdepan tugas mencabar kerana melawan negara yang kuat seperti Vietnam, Filipina dan Myanmar.

“Ini adalah kumpulan yang sukar dan tiada apa yang boleh saya katakan selain sudah menjadi nasib yang perlu kita hadapi.

“Kita tahu kualiti yang ada pada Vietnam dan Filipina kera­na dua negara itu bakal ber­saing pada kejohanan Piala Dunia Wanita 2023. Selain itu, Myanmar juga memiliki reputasi yang baik di rantau Asia Tenggara.

“Justeru, apa yang saya jangkakan adalah pemain akan me­raih pengalaman sebaik mungkin memandangkan kita telah mula membentuk pasukan baharu bagi bersaing pada temasya sukan dwitahunan kali ini.

“Sudah tentu saya harap kita dapat lakar keputusan positif dan pada masa sama berusaha untuk mempamerkan corak permainan yang sudah kita terapkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Temasya Sukan SEA bakal menjadi ujian sulung buat pe­ngendali import dari Jordan itu selepas dilantik selaku ketua jurulatih pada penghujung tahun lalu bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan Jacob Joseph.

Skuad bola sepak wanita dikritik hebat kerana menarik diri daripada menyertai temasya berprestij sukan dwitahunan itu tahun lalu ketika penganjuran Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI