fbpx

Polis tahan lelaki, rampas dadah heroin RM128,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas dadah jenis heroin bernilai RM128,000 di kawasan Pasar Besar Ipoh di sini kelmarin.

Lelaki tempatan berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada pukul 12.45 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dadah jenis heroin itu dijumpai selepas pemeriksaan dilakukan ke atas beg galas milik suspek.

Katanya, lapan peket plastik berisi serbuk dan ketulan dadah jenis heroin itu dianggarkan seberat 3.5 kilogram (kg).

“Siasatan mendapati suspek mula aktif mengedar dadah sejak Februari lalu dan diedarkan untuk pasaran di sekitar Ipoh.

“Jumlah dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 7,000 penagih. Suspek direman selama enam hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan sitaan wang tunai berjumlah RM1,100. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI