fbpx

Pesawah, nelayan terima bantuan khas RM200 mulai 10 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 240,000 pesawah dan 38,500 nelayan di seluruh negara bakal menerima bantuan khas RM200 yang dibayar mulai 10 April ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berkata, bayaran secara one-off itu akan disalurkan menerusi agensi dan jabatan berkaitan.

“Bayaran kepada pesawah akan disalurkan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

“Manakala, nelayan laut pula disalurkan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan nelayan darat menerusi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, kriteria penerima membabitkan pesawah, nelayan laut dan nelayan darat warganegara Malaysia selain pesawah terlibat aktiviti penanaman padi pada tahun 2022 serta berdaftar dengan agensi dilantik kerajaan.

“Kriteria lain termasuk nelayan laut dan nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan selain berdaftar dengan agensi dilantik oleh kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 kepada pesawah dan nelayan di Dewan Negara pada 29 Mac lalu.

Pengumuman itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan nasib pesawah dan nelayan sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi selaras dengan kerangka visi Malaysia MADANI.

MAFS berharap bantuan yang diberikan ini dapat membantu pesawah dan nelayan dalam membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI