fbpx

Peniaga ditahan jual dadah di sebalik perniagaan lemang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaidy (tengah) menunjukkan ketulan ganja yang dirampas dalam serbuan di Bedong, Sungai Petani, Rabu lalu.

SUNGAI PETANI – Helah seorang lelaki berselindung di sebalik perniagaan lemang bagi melindungi aktiviti penjualan dan pengedaran dadah jenis ganja terbongkar apabila dia ditahan bersama tiga individu dalam serbuan di Bedong, dekat sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata serbuan dijalankan pada pukul 6 petang hasil intipan dan risikan sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah.

Katanya, suspek pertama yang berusia 62 tahun itu ditahan ketika berurusan dengan lelaki berusia 33 tahun di belakang gerai lemangnya itu.

“Turut ditahan dua pekerja lelaki berusia 18 dan 20 tahun. Hasil siasatan kita dapati aktiviti penjualan lemang yang dilakukan suspek adalah sah, namun pada masa sama suspek turut menjalankan kegiatan menjual ganja di belakang gerai lemangnya itu.

“Polis menemui 17 ketulan ganja mampat di dalam beg berwarna biru dengan brat lebih 18 kilogram (kg) bernilai RM45,125,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, hari ini.

Selain itu, polis turut menyita kereta milik suspek pertama bernilai RM39,800 serta wang RM550. Suspek berusia 33 tahun yang ditahan dipercayai pelanggan yang datang untuk mengambil bekalan ganja.

“Berdasarkan siasatan kita mendapati suspek pertama dan kedua adalah dalang aktiviti pengedaran dadah ini, manakala peranan dua pekerja tersebut masih dalam siasatan,” ujarnya.

Tambahnya, semakan rekod mendapati tiga daripada mereka masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI