fbpx

Peniaga asing pasar besar Klang diberikan tempoh 6 bulan henti niaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (tengah) dan Ganabatirau (dua kiri) ketika meninjau beberapa gerai perniagaan di Pasar Besar Klang, hari ini.

KLANG – Tempoh enam bulan diberikan kepada puluhan peniaga warga asing bagi memberhentikan operasi perniagaan mereka di Kompleks Pasar Besar Klang, di sini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat jumlah warga asing yang mula menguasai lokasi itu sehingga menjadi ‘tauke’.

“Apabila kita buat pemeriksaan, rata-rata warga asing ini mengaku mereka adalah pekerja dan mempunyai majikan.

“Namun, saya was-was kerana (penyamaran anggota MPK) melihat ada beberapa gerai yang tidak ada warga Malaysia yang menguruskan gerai tersebut,” katanya pada pemeriksaan di pasar tersebut.

Pemeriksaan tersebut turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin Selangor yang juga ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau.

Noraini menegaskan, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk warga asing bekerja di pasar tersebut setelah mengambil kira terhadap kekurangan tenaga pekerja yang dihadapi oleh beberapa peniaga di situ.

Bagaimanapun, beliau kesal apabila terdapat peniaga mengambil kesempatan dengan mengamalkan sistem ali baba tapak niaga mereka.

“Jadi saya beri masa kepada peniaga yang buat kegiatan ini supaya hentikan segera sebelum kita ambil tegas terhadap mereka.

“Gunakan peluang yang ada di sini untuk menjalankan perniagaan sendiri,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI