fbpx

Pasangan tular buat seks dalam kereta direman dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN kekasih berusia 22 dan 17 tahun yang tular melakukan perbuatan jelik di dalam sebuah kenderaan dikenakan reman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Pasangan yang tular melakukan perbuatan jelik di dalam sebuah kenderaan baru-baru ini dikenakan tahanan reman selama dua hari atas perbuatan tersebut.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan Majistret, Noorfazlin Hamdan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 3.03 petang, 29 Mac lalu.

“Polis mengesan video tular berkenaan sebelum mendapati lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.

“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara pukul 4.15 petang hingga 5.15 petang, semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd. Sohaimi, semakan dibuat mendapati kedua-dua warganegara tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

“Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara selama tempoh dua tahun,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI