fbpx

Mohd. Khalid dilantik Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dua pegawai kanan berkuat kuasa pada 8 Mei ini.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dalam satu kenyataan berkata, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Baharuddin Ahmad mendahului senarai tersebut.

“Beliau akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Komunikasi Strategik), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri,” katanya d sini hari ini.

Tambah Noorsiah, jawatan beliau akan diganti Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalid Ismail.

“Beliau akan dinaikkan pangkat daripada Timbalan Pengarah Cawangan Khas I dengan memangku Gred VUYA5 (JUSA A),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI