fbpx

Melaka sasar jadi negeri pertama sifar pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama di Ayer Keroh, Melaka. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) yang kini berstatus pembangkang dipelawa menyertai kerajaan negeri perpaduan Melaka sebelum Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Julai ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, jika kedua-dua mereka iaitu ADUN Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang, Dr. Mohd. Aleef Yusof bersetuju menyertai, Melaka bakal mencatat sejarah tersendiri menjadi negeri sifar pembangkang.

“Harapan saya daripada 28 kerusi dalam dewan, kita sudah ada lebih 26 kerusi ADUN kerajaan. Kita (Barisan Nasional) menang 21 kerusi, lima daripada blok Pakatan Harapan (PH) iaitu empat DAP, satu Parti Amanah Negara (Amanah).

“Saya mengharapkan dua ADUN PN ini jika bersetuju, saya adalah orang yang paling gembira kerana Melaka bakal muncul negeri pertama, zero (sifar) pembangkang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang pertama di sini, malam tadi.

Ab. Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, beliau menyasarkan DUN Melaka menjadi sifar pembangkang ketika sidang berlangsung Julai ini.

“Saya harap Sidang DUN Julai nanti apabila Enakmen Anti Lompat Parti dibentangkan tidak ada pembangkang lagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI