fbpx

Mahkamah: Lelaki Nepal didakwa bunuh rakan senegara di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Santosh (depan) didakwa bunuh rakan senegara.

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh rakan senegaranya, Januari lalu.

Tertuduh, Santosh Magar, 25, mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Nepal di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Mengikut pertuduhan, Santosh didakwa  telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap, Raj Kar Ki.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tepi jalan kilometer 447 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di Sungai Buloh pada 17 Januari lalu sekitar jam 11.57 pagi.

Sabit kesalahan, boleh dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebutan semula kes pada 22 Mei depan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki dipotong tujuh bahagian dengan anggota badannya disumbatkan ke dalam bagasi ditemui di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di sini.

Dendam menjadi motif utama pembunuhan tersebut dengan mangsa pernah memukul dan membuli suspek kejadian itu.

Dalam pada itu, pada prosiding di hadapan majistret sama, Santosh dijatuhi penjara empat bulan dari tarikh ditangkap  selepas mengaku bersalah tinggal lebih masa di negara ini dari tarikh ramat pas pada 4 Oktober 2017.

Kesalahan itu dilakukan di pekarangan Ibu Pejabat Daerah Sungai Buloh kira-kira pukul 5 petang pada 27 Februari lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta yang sama memperutukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kesemua pertuduhan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Baghwant Singh. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI